Followers

sEMbANg aNak PahAnG

KOMEN

Thursday, April 30, 2009

CHATROLL DAN YM MESSENGER

1. Kepada semua blogger Pahang: penyokong serta ahli Blog Gabungan Suara Anak Pahang - adalah dimohon supaya dapat meletakkan chatroll Gerbang Temu Maya bagi kegunaan chatting pada masa akan datang. Kita memandang jauh dan percaya bahawa pada suatu ketika nanti kita semua akan lebih mesra menggunakan chatroll berkenaan untuk berbincang dan berbicara di alam Siber.

2. Selain itu kita juga berharap semua blogger akan memiliki YM @ Yahoo Messenger dan meletakkan alamat yahoo email masing-masing diblog agar didalam suasana tertentu ianya akan dapat digunakan bagi berhubung secara lebih effektif dan sulit.

3. Berikut adalah cara meletakkan chatroll diblog. (Bagi mereka yang masih kurang faham)
  1. Sign In blog masing-masing.
  2. Klik Layout
  3. Klik add gadget
  4. Klik HTML/JavaScript >>
  5. Buka Tab lain (new tab)
  6. Pergi ke blog Gabungan Suara Anak Pahang
  7. Klik (Gerbang Temu Maya - Fullscreen) tulisan biru dibawah kotak chatroll
  8. Klik 'embed' dalam kotak hijau dibawah kotak chatroll baru
  9. Salin html dalam kotak 'embed' dalam copy >>
  10. Kembali ke tab pertama tadi dan paste html yang di copy tadi
  11. Save, dan selesai.
4. Untuk mendapatkan Yahoo Messenger, terlebih dahulu harus memiliki email kumpulan yahoo: yahoo.com, ymail.com atau roketmail.com.

  1. Pergi ke http://messenger.yahoo.com/
  2. Klik sign up dan isikan borang pendaftaran berkenaan mengikut arahan.
  3. Di bahagian - 2. Select an ID and password, boleh pilih sama ada yahoo.com, ymail.com atau roketmail.com
  4. Apabila ID telah disahkan, sila letakkan diblog masing-masing atau maklumkan kepada kami. Kami akan add email anda dan invite anda kemudian. Patuhi arahan sepertimana yang diterima dari email.


Sekian dan harap maklum.

FEEDJIT Live Traffic Feed