Followers

sEMbANg aNak PahAnG

KOMEN

Monday, January 12, 2009

MAKLUMAN PENGUMPULAN BLOG2 FELDA :)

Berikut adalah makluman dari azinang.blospot.com yang kita ambil dari laman blog aku saksi... walaupun azinang tidak menghubungi kita secar resmi, namun atas kesedaran dan semangat kemaufakatan maka kita turut menghebahkan hasrat murni yang ingin dilakukannya itu. Seandai pihak berkenaan tidak mengingini kita berbuat demikian, sila maklumkan maka kami akan padamkan hebahan ini dari blog kami. Terima kasih.

Salam aku saksi, saya ni tengah mengumpulkan blog dari generasi felda
jika ada terjumpa blog2 mereka, tolonglah post kan kepada saya....


KUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua generasi Felda, sesungguhnya agak sukar juga jika kita mahu membaca blog-blog dari generasi Felda, ini adalah kerana kita tidak tahu atau mengenali, yang mana satu blog-blog generasi felda.

Antara sebabnya ialah kebanyakan pemblog tidak memperkenalkan diri mereka kepada umum,
dan kerana itu menyukarkan kita untuk mengenali bahawa sesuatu blog itu kepunyaan generasi Felda. Oleh itu saya bercadang kalau boleh, saya ingin mengumpul kesemua blog-blog generasi Felda dari seluruh Malaysia.

Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh nobisha yang mengumpulkan sebahagian blog-blog didalam satu kumpulan blog-blog dari seluruh Malaysia yang dinamakan Debat Rakyat.

Buat permulaan saya akan kumpulkan semua blog anda didalam ruangan ditepi sebelah kanan blog saya, iaitu di ruangan Senarai blog saya

Antara pesertanya bolehlah dari kalangan peneroka Felda, anak peneroka, cucu peneroka, staf-staf Felda, anak-anak staf Felda dan sesiapa juga yang berkaitan dengan Felda.

Tiada syarat dikenakan, anda bebas menyatakan sebarang pandangan, samada politik atau apa sahaja, cuma anda diminta, tidak memasukkan unsur-unsur lucah, mencarut atau apa juga yang boleh di takrifkan sebagai tidak sopan.

Kepada anda yang berminat, bolehlah anda meninggalkan URL anda didalam ruangan ulasan dibawah.

dari....

azinang.blospot.com

January 9, 2009 11:12 AM

2 comments:

BLOG GENERASI FELDA said...

Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menyiarkan penggumuman diatas, untuk makluman kepada semua, " Blog Generasi felda " telah pun diterbitkan, kepada yang berminat untuk mendaftar
sila tinggalkan URL anda di ruangan Ulasan ...

bgflktp.blogspot.com

YANG GAMBI said...

kawan berminat bersama tuan. Tk

FEEDJIT Live Traffic Feed