Followers

sEMbANg aNak PahAnG

KOMEN

Saturday, August 8, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BLOGGER PAHANG

Salam sdr semua,

Pihak kami bercadang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama para blogger negeri Pahang serta ahli facebook negeri Pahang pada suatu tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

Ini adalah satu penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjalin persahabatan diantara kita anak-anak Pahang tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi. Mereka yang berminat diharap dapat memberikan persetujuan awal bagi tujuan penyediaan bajet.

Sila hubungi kami melalui email: anakpahang@ymail.com. atau juga boleh dimaklumkan dalam ruangan komen yang disediakan. Segala maklumat akan dirahsiakan.

Sekian,

Admin. Gabungan Suara Anak Pahang.

9 comments:

SaKa AdiWangsa said...

Setuju. Jemput juga facebookers2 Pahang , including Fb Pahang bertaraf VIP2 . Salam

SHAMSUDDIN EL-ASKAREY said...

Salam. saya amat terharu atas inisiatif ini. lebih-lebih lagi du bulan Ramadhan. OK, saya amat bersetuju, Insya Allah akan diusahakan juga sedaya mampu untuk hadir dimajlis ini nanti. semoga berjaya. IKhlas daripada SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY 013-346 4005

Anonymous said...

Salam,
Alhamdulillah dan terima kasih sambutan dan respon awal dari sdr @ shamsuddin el-askarey, dan sdr saka adiwangsa, saya mmg berminat utk mengundang facebookers Pahang termasuk yang bertaraf vip sekali utk hadir, insyallah. ~ Admin. Gabungan Suara Anak Pahang

DUN CHINI ( N 23 ) said...

tolong lin kan blog saya dalam gabungan suara anak pahang

http://dinchini.blogspot.com

kalau diizinkan saya ingin bersama majlis berbuka puasa dan berapa kos bayaran.

DUN CHINI ( N 23 ) said...

maaf silap alamat
yang sebenar
http://dunchini.blogspot.com

YANG GAMBI said...

Salam,

Kawan juga teringin nak bersama. InsyaAllah kawan akan bersama blogger-blogger anak-anak Pahang.

email: yanggambi@gmail.com

binjidan said...

keh pun bloger pahang juge...

mat yen said...

Salam,

Taniah kepada bloger Pahang, teruskan perjuangan demi agama dan bangsa melayu.
kami juga berminat menyertai majlis berbuka puasa bloger Pahang tu.....

admin. Gabungan Suara Anak Pahang said...

Sdr, binjaidan dan mat yen serta lain-lain, apabila kita mendapat tarikh untuk majlis tersebut saya akan maklumkan dan umumkan disini semputan terbuka kepada semua. Terima kasih atas sokongan semua.

FEEDJIT Live Traffic Feed