Followers

sEMbANg aNak PahAnG

KOMEN

Thursday, January 15, 2009

MAKLUMAN :)

Salam,

Kami sedang berusaha untuk menambahbaik laman blog ini bagi menjadikannya blog ‘hub’ kepada blog-blog dari blogger seluruh negeri Pahang.

Kraterianya adalah;. 1.Penulisnya anak Pahang, 2. Berlatarbelakangkan / lokasi penulisan di Negeri Pahang, serta 3. Mengenai Negeri Pahang khususnya.

Semua blog-blog akan cuba dimuatkan. Tiada sebarang sekatan, tanpa sebarang diskriminasi dan tiada prejudis. Bagaimanapun blog yang ada unsur-unsur lucah, menghina tidak akan diterima atau akan disisihkan. Sekiranya blog anda tidak disenaraikan, anda ketahui ada blog yang masih belum disenaraikan sila hubungi kami untuk tindakan dengan mengemukakan data mengenainya.

Kategori dan isi blog adalah seperti carta berikut;

NAMA BLOG

ISI

Kalam Tokoh Politik Pahang

Blog Tokoh Politik Pahang

Suarasa Anak Pahang

Umum / Pelbagai / Memoir

Suaradesa Pahang

Kebajikan dan Kemasyarakatan Luarbandar

Galeri Seni Anak Pahang

Sastera, Fotografi, Lukisan

Suaraniaga Anak Pahang

Perniagaan dan Perusahan

Suara Politik dan Semasa Pahang

Politik dan Isu Semasa Tanahair di Negeri Pahang

Sukan dan Rekreasi

Sukan, Pelancongan dan Rekreasi

Suaratani Anak Pahang

Pertanian, Perladangan dan Ternakan

Suara Persatuan

Persatuan, NGO’s

Sebarang teguran dan pandangan boleh dibuat dengan menghantar komen anda melalui ruangan komen atau chat roll @ Sembang-Sembang Pahang. Kami akan memberikan perhatian kepada semua pendapat dan pandangan anda yang anda berikan.

Sekian dan terima kasih,

moderator gtm

Monday, January 12, 2009

MAKLUMAN PENGUMPULAN BLOG2 FELDA :)

Berikut adalah makluman dari azinang.blospot.com yang kita ambil dari laman blog aku saksi... walaupun azinang tidak menghubungi kita secar resmi, namun atas kesedaran dan semangat kemaufakatan maka kita turut menghebahkan hasrat murni yang ingin dilakukannya itu. Seandai pihak berkenaan tidak mengingini kita berbuat demikian, sila maklumkan maka kami akan padamkan hebahan ini dari blog kami. Terima kasih.

Salam aku saksi, saya ni tengah mengumpulkan blog dari generasi felda
jika ada terjumpa blog2 mereka, tolonglah post kan kepada saya....


KUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua generasi Felda, sesungguhnya agak sukar juga jika kita mahu membaca blog-blog dari generasi Felda, ini adalah kerana kita tidak tahu atau mengenali, yang mana satu blog-blog generasi felda.

Antara sebabnya ialah kebanyakan pemblog tidak memperkenalkan diri mereka kepada umum,
dan kerana itu menyukarkan kita untuk mengenali bahawa sesuatu blog itu kepunyaan generasi Felda. Oleh itu saya bercadang kalau boleh, saya ingin mengumpul kesemua blog-blog generasi Felda dari seluruh Malaysia.

Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh nobisha yang mengumpulkan sebahagian blog-blog didalam satu kumpulan blog-blog dari seluruh Malaysia yang dinamakan Debat Rakyat.

Buat permulaan saya akan kumpulkan semua blog anda didalam ruangan ditepi sebelah kanan blog saya, iaitu di ruangan Senarai blog saya

Antara pesertanya bolehlah dari kalangan peneroka Felda, anak peneroka, cucu peneroka, staf-staf Felda, anak-anak staf Felda dan sesiapa juga yang berkaitan dengan Felda.

Tiada syarat dikenakan, anda bebas menyatakan sebarang pandangan, samada politik atau apa sahaja, cuma anda diminta, tidak memasukkan unsur-unsur lucah, mencarut atau apa juga yang boleh di takrifkan sebagai tidak sopan.

Kepada anda yang berminat, bolehlah anda meninggalkan URL anda didalam ruangan ulasan dibawah.

dari....

azinang.blospot.com

January 9, 2009 11:12 AM

FEEDJIT Live Traffic Feed