Followers

sEMbANg aNak PahAnG

KOMEN

Saturday, August 29, 2009

MAKLUMAN

1. Kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat terutama kepada anak negeri Pahang.

2. Kepada semua pelayar-pelayar internet, harap dapat jadikan 'Gabungan Suara Snak Pahang' sebagai 'laluan' untuk melayari internet dan laman-laman blog anda serta jadikan 'chatroll' "Sembang Orang Pantau Timur" sebagai ruang sembang internet anda.

3. Bagi yang ingin memasukkan / link-kan blog-blog mereka disini, sila nyatakan ruangan mana yang anda rasa sesuai untuk kami siarkan blog anda bagi kemudahan pengurusan kami.

4. Tidak ada sebarang diskriminasi dalam penyiaran link blog-blog anda di blog ini. Kita tidak condong kepada mana-mana parti politik, walau bagaimanapun, blog-blog yang menyebarkan fitnah, lucah, dakyah dan penyebaran agama tidak akan disiarkan / link-kan dari blog ini.

5. Sila bantu kami menyebarkan kepada umum bahawa ujudnya blog aggregator ' Gabungan Suara Anak Pahang' ini.

Terima kasih dan selamat berpuasa.

Admin. Gabungan Suara Anak Pahang.

Saturday, August 8, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BLOGGER PAHANG

Salam sdr semua,

Pihak kami bercadang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama para blogger negeri Pahang serta ahli facebook negeri Pahang pada suatu tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

Ini adalah satu penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjalin persahabatan diantara kita anak-anak Pahang tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi. Mereka yang berminat diharap dapat memberikan persetujuan awal bagi tujuan penyediaan bajet.

Sila hubungi kami melalui email: anakpahang@ymail.com. atau juga boleh dimaklumkan dalam ruangan komen yang disediakan. Segala maklumat akan dirahsiakan.

Sekian,

Admin. Gabungan Suara Anak Pahang.

FEEDJIT Live Traffic Feed